Thursday, May 27, 2010

Pengangkutan ke Terengganu

Cerita 1: Jejakan kali pertama Haruna di Terengganu

Tempat pertama sekali Haruna sampai adalah di Lapangan Terbang Sultan Mahmud. Dari LCCT Sepang terus ke Terengganu mengambil masa hanya kira-kira 45minit sahaja. Perjalanan melalui udara adalah salah satu alternatif ke Terengganu. Pilihan pengangkutan udara terletak pada pilihan anda. Terdapat beberapa pilihan,
a) Malaysia Airlines
b) Air Asia
c) Firefly

Anda boleh menimbang-tara pengangkutan udara yang ingin dipilih berdasarkan kesesuaian citarasa anda. Jika anda inginkan harga yang lebih rendah, maka mungkin Air Asia or Firefly pilihan anda. Mungkinlah.

Ye, Lapangan Terbang Sultan Mahmud. Lapangan terbang ini memang terletak betul-betul di Kuala Terengganu dan hanyalah 15km dari pusat bandar.

-to be continued

Wednesday, May 26, 2010

Terengganu dan Kami

"Terengganu... Ada apa di Terengganu?"
.
Itulah antara apa yang bermain di fikiran kami apabila ditakdirkan berhijrah ke salah sebuah negeri di Pantai Timur Malaysia ini... Sedang duduk termenung sejenak di beranda rumah, hanya perkataan-perkataan ini tergambar di otak alam maya kami apabila memikirkan Terengganu... iaitu...
.
di fikiran AD:
.
-Jauh dari KL
-Bukan seperti KL
-Di pesisiran pantai
-Masjid Kusza
-Masjid Terapung
-Ikan segar
-Keropok lekor
-Kain batik sutera lukis
-Kain songket
-Orang kuat agama
-Ramai orang miskin
.
Buat pengetahuan awak, AD tinggal di negeri Terengganu ini sejak akhir 1998. Maka, perkataan-perkataan itulah yang terlintas pada waktu itu di mana ianya lebih 12 tahun ke belakang berbanding kini di tahun 2010. Apa ada pada Terengganu di tahun 2010 dan masa depan? Nak tahu? Ikuti perjalanan cerita kami di Terengganu, Malaysia ini dengan budget gempaq! Yup, it is very cheap to travel in Terengganu!
.
Ini Haruna pula berkata-kata (ehh...menulis, masakan berkata-kata). Kami, dua penulis tegar untuk blog ini. Tegarkah kami? Mungkin.
.
Haruna bukan dari sini tetapi berhijrah beberapa bulan yang lepas ke Terengganu demi kebaikan masa hadapan. Tidak pernah terlintas pun di hati Haruna untuk berhijrah dan menetap jauhhhhhhhhh di disini. Berhijrah ke Terengganu bermakna Haruna berjauhan dari keluarga yang jauh nun di KL. Sebelum menjejak tapak kaki kecil ini ke Terengganu, ape yang digambarkan oleh Haruna tentang Terengganu adalah....
.
di fikiran Haruna:
.
- keropok lekor
- nelayan tepi pantai pakai kain pelikat lilit-lilit kat kepala
- pantai
- budak-budak comot main tepi pantai
- wau (bukan huruf jawi wau tapi permainan 'wau')
- Saleem (haha...ade ley terbayang die. Sbb die kan org ganu)
- lagu tggnu kite
- penyu
- percakapan yang sememangnya akan ada akhiran "-ng" di belakang setiap perkataan.
cth mudah: "mung dah makang?" (kamu sudah makan?)
.
Nantikan cerita2 kami seterusnya....yang pasti menarik dan tertarik!
.
Yosh...cantik dan menarik! Terengganu memang budget gempaq!
.
.
Dari meja (kucar-lana) penulis-penulis Terengganu Budget Gempaq!